mujahidah sejati
Saturday, 26 October 2013
Terdetik..
Kadang-kadang, tanpa diduga hati ini terdetik rindukan Dia, rindukan kekasihNya.
Pernah detikan itu, meluncurkan mutiara mata kerinduan yang teramat.
Namun bila dosa-dosa silam menerkam qalbu, adakah diri ini layak merindui.
Diri ini terlampau hina rasanya. Malu semalu-malunya dengan Dia dan Kekasih.
Layakkah diri ini.
Sesungguhnya aku Ingin mencintaiMu, mendekatiMu dalam doa, langkahku untuk kembali ke jalan yang diredhai.
Perlahan-lahan aku mencuba memperbaiki diri, iman dan dalamanku hanya untukMu. Aku mahu menjadi mujahidah sejati. Aku tidak ingin kembali ke takuk lama. Aku mahu berubah.
"Ya Allah, tebalkanlah imanku, kesabaranku dalam menghadapi dugaanMu. Sesungguhnya aku berserah kepadaMu."
#mujahidah_arim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment